Assalamualaikum and hi,
harini nak cerita pengalaman
tak boleh lupa lah sampai bila bila rasanya. Cerita dia macam ni, aku kan dah
sambung study kat Terengganu, so haritu plan nak balik pahang naik bas (
HIGHLIGHT : FIRST TIME NAIK BAS) . So, mama dengan abah tak pernah ajar naik
bas and now aku nak naik bas sorang-sorang balik Pahang. Okay highlight kat
sini, sorang-sorang. Kenapa sorang sorang? Sebabnya bukan cuti sem ke apa, just
nak balik sebab bulan puasa. Nak jugak merasa berbuka kat rumah kan.
So, aku pun suruh kawan aku
belikan tiket ke Pahang sebab dia pergi MBKT (Majlis Bandar eh ke Bandaraya
Kuala Terengganu) dan aku tak check pun tiket nampak 5:30 petang haa jadilah.
Okay pada hari yang berkenaan yaitu Rabu, 1 Julai 2015, aku pun mintak tolong
kawan aku, Hajar (kenal kat Terengganu ni)
tolong hantarkan pergi bus station , so Hajar hantar dalam pukul lima
camtuh. So, aku duduk lah situ, tunggu bas, alone with bag (satu je bag) ,
tergerak hati nak baca tiket . So, tiket tu berbunyi camni : 3 Julai 2015, 5:30
petang. Eh kejap, TIGA?
Haaa kan. Pendek cerita, aku
rushed pergi kaunter beli yang baru. So maknanya , salah tarikh semasa beli
tiket. Salah siapa? Wallahu’alam. Aku pun sambung lah termenung dekat terminal
tu, tunggu bas. And then, ada seorang makcik ni approached aku, duk sebelah.
And she asked me to read her ticket, takut salah. Dia nak pergi kemaman. Bas
depan kitaorang masa tu. She seem nice so aku borak ngan dia. Lepas tu, ada
seorang akak tu datang borak pulak. Sambil tunggu bas ni. Lepas akak tu blah, I
hold my wallet and suddenly, a man came and seat beside me, and he said that he
needed some money to buy tickets for himself, his wife and their child because
he lost his wallet
.
Boleh bayang tak perasaan macam
mana? I’m scared as hell. So, I gave him rm50 because he asked for rm20 ( tak
silap) and aku takde duit kecik langsung sebab dah beli tiket semula tadi kan.
Fyi, tiket ke Kuantan, Pahang rm 19.90. So, setakat ni duit dah habis sebab
beli tiket sahaja dah rm40++ . So, he went to the ticket counter and I thought
he will be gone with the 50 ringgit that I just gave him but he came back and
said he just need RM 25 and returned the balance and thanks me for what I’ve
done. At that time, aku just nak dia blah, sebab aku takut oi.
After that, sambung tunggu bas, before that, aku punya bas
nama dia Mutiara, and aku nampak dah bas mutiara kat situ, warna purple. Jadi,
aku expect bas yang akan aku naik warna purple lah. And then, there’s a bus
came and tulisan dekat bas tu tulisan jawi so aku tak amik port lah sebab lain
dengan bas mutiara yang aku nampak sebelum tu. So, aku buat tatau jelah. Around 5:30 ptg tu bas tu gerak, aku baca lah
tulisan atas dia, MUTIARA in jawi, kat depan tulis kuantan. OMG, boleh bayang
tak macam mana perasaan masa tu, BAS DAH GERAK.
Suspen tak? Hahaha. Okay so aku berdiri tengok bas tu macam
orang tak pernah tengok bas. Lucky me, driver bas tu nampak and dia stop. Dia
tanya nak pergi kuantan ke , kalau nak , naik. Huh, nasib baik. Aku pun amik
barang and terus naik bas. Seat atas, takde orang. Bila dah duduk seat je, abah
call. Macam tau tau je. Aku cakap kata bah dah naik and then bila abah off call
laju je air mata ni turun. Imagine kau tak pernah naik bas and then first time
naik bas kau kena sorang2 and then macam macam berlaku, dugaan. Sambil nangis
tu sambil whatsapp abah, abah cakap, pengalaman ayong, pengalaman. Yeah,
pengalaman right? T_T
So, memang petang tu tak makan tak apa lah, takdak selera
langsung. Makan pun sebab berbuka je, makan roti sikit, air masak. Around 10
malam tuh safely arrived kat kuantan. Touchdown. Abah pun dah ada kat situ,
rindu gila kat abah sebab sebelum pergi unija abah takde, abah pergi umrah.
Abah balik pun aku takde kat rumah. Nampak je muka abah, hilang semua, lega
dah. Alhamdulillah. -END-